Panduan Terlengkap Cara Bisnes Dropship Di Shopee


Pada post kali ini, saya akan tunjukkan kepada Anda untuk memulai bisnes dropship di Shopee.

Post ini ditulis secara lengkap untuk membantu usahawan-usahawan yang berminat untuk menjadi dropshipper di Shopee.

Mengapa Shopee?

Shopee ialah sebuah website marketplace atau kedai online yang tentunya mempunyai pelawat yang besar setiap bulannya.


Menurut sumber trafik yang masuk ke Shopee sebanyak 21.44 juta hanya untuk bulan november.
Ini menunjukkan potensi untuk mendapatkan keuntungan adalah sangat besar.

Masalahnya adalah ramai orang ramai yang masih tak faham lagi macam mana nak buat bisnes dropship dekat Shopee. Untuk itulah post ini hadir. Pastikan Anda baca step by step supaya tidak miss informasi-informasi penting.

Sebelum memulai apapun bisnes Anda harus memiliki mindset yang tepat yaitu:
  • Fokus
  • Jangan Mudah Menyerah
Jangan pindah-pindah bisnes, buat satu bisnes sampai jadi baru pindah ke bisnes lain. Thomas Edison mengalami kegagalan lebih 9,000 kali sehingga dia berjaya menemukan lampu. Anda baru gagal 2-5 kali sudah menyerah. Mari kita belajar dari tokoh ini, jika ada masalah cari jalan keluar. Jika perlu invest pada ilmu lakukan. Jika perlu berkomunikasi dengan orang-orang yang expert lakukan. Ingat jangan menyerah!

Sebelum kita mula, perhatikan hal ini dengan hati-hati. Supplier!

Sebagai seorang dropshipper Anda harus menemukan supplier atau pembekal barang yang baik. Hal yang difikirkan ketika memilih supplier adalah kualiti barang, kecepatan shipping barang, kecepatan membalas chat Anda sebagai dropshipper dan tentunya harga barang.

Berikut adalah beberapa supplier yang menawarkan program dropship di Malaysia:
- Bbzone 

Pastikan Anda membaca semua ketentuan untuk menjadi dropship kalau boleh contact supplier dan inform bahawa Anda mahu mendaftar sebagai dropshipper dan tengok respon mereka. Jika sudah mari kita ke langkah yang selanjutnya!

#1 Daftarkan Kedai Shopee Anda

Untuk mendaftar di Shopee Anda memerlukan:
  1. Email Gmail
  2. Nombor telefon


Sebelum Anda mendaftarkan kedai Anda, buat satu email khas untuk kedai Shopee Anda. Sebaiknya nama e-mail Anda itu adalah nama kedai Anda supaya tidak mengelirukan.


Setelah itu masuk ke Shopee dan klik Sign Up untuk daftarkan kedai Anda.
Anda boleh mendaftar di Shopee menggunakan:
1. E-mail
2. Nombor telefon

Untuk Username letakkan nama kedai Anda. Jangan lupa.
Selesaikan detail-detail yang lain.

Setelah Anda klik sign up akan muncul pop up untuk meminta Anda melakukan verification. Jika Anda daftar guna e-mail buka e-mail Anda dan lakukan verification dengan mengklik link yang datang dari Shopee.

#2 Setting Kedai Anda


Klik My Account di sebelah kanan atas Anda.

Isi profile kedai Anda dengan lengkap dan upload profile picture yang baik dan menarik.
Jika sudah selesai klik Save.

Sekarang klik Banks & Cards dan klik Add New Bank Account.

Masukkan nombor akaun bank & nama Anda. Pastikan sebelum setting di sini Anda sudah melakukan verification terlebih dahulu. Sebagai catatan, nombor akaun ini adalah tempat di mana keuntungan Anda masuk jika terjadi pembelian di kedai Anda.

Setelah itu, klik Addresses & klik Add A New Address.
Letakkan alamat dari mana barang Anda dikirim. Anda boleh bertanya kepada pemilik barang di mana alamat mereka jika Anda tidak tahu.

Setelah itu, klik Seller Center di sebelah kiri atas.

Ini adalah halaman khas untuk penjual. Sebaiknya Anda menggunakan laptop/desktop.

Sebagai catatan:
My products - Ini adalah tempat Anda upload barang
My Shop Categories - Untuk setting kategori barang Anda
Marketing Center - Untuk melakukan promosi kedai
My income - Tempat untuk melihat pendapatan kedai
My wallet - Tempat untuk memindahkan hasil jualan Anda ke akaun bank
Shop Settings - Setting kedai

Sekarang klik Shop Settings.

Lengkapkan Shop Name dan Shop Description.
Isikan sesuai dengan produk yang Anda jual.

Contoh Description:
Welcome to Nama Kedai Anda!
To all my value customer :
We selling ALL new item.
Goods sold are NOT returnable or refundable.
Happy Shopping!
Sebelum order sila tanya untuk kesediaan stok yer.

Setelah itu klik My Shipping. Pilih shipping options Anda. Biasanya saya hanya menggunakan Poslaju. Untick yang tidak Anda guna. Klik save.

Setelah itu klik My Addresses dan klik Add a new address. Di sini isikan alamat dari mana barang Anda akan dipos. Klik save.

Setelah itu klik Shop Settings. Untick kesemua options. Klik save.

Setelah itu klik Privacy Settings. Di sini TICK semua options. Klik save.

Setelah itu klik Chat Settings. TICK semua options. Di bahagian Send Auto Reply In chat isi dengan kata sambuatan kepada calon pelanggan Anda.
Contoh:
Selamat datang ke kedai Ali. Ada apa yang boleh saya bantu?

Sekarang Klik My Account. Selesaikan setting yang masih kosong. Disini lakukan verification nombor telefon. Jangan miss di part ini.

And You're Done!

#3 Upload Barang Ke Kedai Shopee Anda

Jika Anda belum memiliki supplier baca sini.
Klik Seller Center -> My Products.

Klik Add New product untuk memasukkan satu persatu barang Anda. Sebelum upload gambar barang pastikan gambar Anda sudah diedit dengan baik. Baca sini macam mana nak edit gambar produk.

Sekarang isi nama produk yang Anda jual dengan jelas. Tulis nama produk yang banyak carian di Shopee.

Masuk ke Seller Center -> Marketing Center -> My Ads -> New Promotion -> Pilih Barang -> Klik Next -> Klik Add More -> Search Barang Anda -> Pilih Nama Produk Yang Mempunyai Search Volume Yang Tinggi.

Contoh jika saya menjual casing iphone 4, maka saya tulis Casing Iphone 4 Green Color With Free Gift.

Isi product description dengan penjelasan tentang barang Anda. Tulis dalam bentuk poin supaya nampak lebih tersusun dan profesional.

Untuk category pilih category yang sesuai dengan produk Anda. Jangan pilih category yang tidak sesuai.

Sudah? Let continue.


Sekarang is Price, Stock dan Variations(jika ada).

Sebagai dropshipper biasanya saya menaikkan 15%-20% di awal buka kedai tujuannya untuk kumpul rating yang banyak. Setelah sudah lama baru saya naikkan sampai 50%-100% tergantung jenis barang.

Untuk Stock Anda boleh bertanya kepada supplier berapa ketersediaan stok yang Ada. Pastikan Anda update stok setiap hari.

Variation digunakan ketika Anda menjual lebih dari satu variasi produk. Contoh gunakan variations jika barang Anda mempunyai warna dan saiz lebih dari satu.

Untuk Weight dan Parcel Size isi sesuai dengan produk yang Anda jual. Sebagai dropshipper Anda boleh bertanya kepada supplier Anda. Sapa dan berkomunikasi dengan sopan dan baik.
Shipping Fee Anda isi sesuai dengan shipping yang ditetapkan dari supplier. Jika tidak yakin jangan malu bertanya kepada supplier. Pilih Yes jika produk Anda adalah pre-order jika tidak biarkan sahaja. Setelah itu klik Save And Publish.

Tahniah produk Anda sudah berjaya diupload!

#4 Promosi Kedai Shopee Anda

Ada beberapa cara untuk mempromosikan kedai Shopee Anda yaitu:

1. Gunakan feature My Shopee Ads

Shopee Ads atau iklan Shopee adalah satu features yang dikhaskan untuk mempromosikan barang Anda di Shopee. Jika Anda ingin meroketkan sales maka Anda wajip menggunakan features ini.
Anda masih tak faham? Jangan risau teruskan membaca.

Masuk ke Marketing Center -> My Ads

Sebelum Anda boleh menggunakan features ini Anda harus melakukan top up terlebih dahulu.
Klik Top Up dan pilih berapa kredit yang Anda Nak.
Nasihat saya adalah mulai dari RM20.

Setelah Anda berjaya top up balik ke dashboard My Ads -> New Promotion.

Pilih produk yang Anda nak promosikan dan klik Next Step.
Sekarang klik Add Recommended Keywords.

Setelah itu akan muncul banyak suggestion keywords dari Shopee. Delete keywords yang tidak relevan dengan produk Anda. Sekarang klik +Add More.

Masukkan nama barang Anda dan klik icon Cari.
Akan muncul banyak keywords.

Pilih keyword yang mempunyai Quality Score dan Search Volume yang tinggi sahaja.
Untuk bid ini adalah terserah Anda. Semakin tinggi Anda set bid maka semakin besar keberangkalian iklan Anda muncul di page top Shopee ketika user mencari produk.

Tapi untuk saya semua bid saya set ke 0.03 sen. Mengapa? Untuk melihat mana satu keyword yang mempunyai interaksi atau engagement yang memberansangkan. Setelah Anda pilih keyword, Setkan Budget mengikut keinginan Anda.

Setelah itu klik Publish Promotion.

2. Gunakan Boost Now Percuma 

Klik My Products -> Pilih produk yang ingin dipromosi -> Klik More Operations -> Klik Boost Now
Ini adalah features percuma yang disediakan pihak Shopee kepada seller. Anda boleh gunakan features ini setiap 4 jam sekali.

3. Tingkatkan follower kedai Anda

Ada dua cara meningkatkan follower kedai Shopee Anda:
- Cara Manual.
Untuk cara ini Anda boleh pilih produk yang sama dengan produk yang Anda jual, kemudian lihat di bahagian Product Ratings. Klik satu satu orang yang pernah membeli dan comment. Mereka adalah hot buyers. Follow orang-orang ini.

- Cara Auto menggunakan tools Auto Follow
Untuk cara ini Anda boleh menggunakan tools Auto Follow untuk follow calon pelanggan Anda.

Ekstra - Cara Promosi Kedai Shopee

4. Facebook Ads


Anda boleh membuat satu FanPage berkaitan produk yang Anda jual dan mempromosikannya menggunakan Facebook Ads dengan objective conversion ataupun page post engagement.

Jika ada yang mahu membeli berikan link ke kedai Shopee Anda. Beritahu mereka jika order melalui Shopee pelanggan akan mendapatkan rebate atau harga shipping yang murah. Untuk objective di Facebook Ads saya selalu gunakan Page Post Engagement.

Simple step yang selalu saya buat adalah sebagai berikut:

  • Buat iklan dalam bentuk video (link)
  • Tulis copywriting yang menarik dan mempunyai Call To Action yang jelas
  • Pilih dan gunakan Super Precise Interest. Gunakan Audience Insight untuk research interest.
  • Promosi menggunakan objective Page Post Engagement dengan budget RM5.00-RM10.00 sehari tergantung jumlah audience. Semakin besar audience semakin besar budget.
  • Setelah 3-4 hari jika terjadi penjualan kenal pasti lokasi mana yang mendatangkan sales dan optimize iklan Anda dengan duplicate Ads/Adset yang winning dan tambah 50% dari budget asal dan tengok hasil dalam 3 hari kemudian. Jika masih ada sales tingkatkan budget sebesar 50%. Jika tidak ada sales turunkan pada budget sebelumnya.

FAQ

Berapa lama untuk dapatkan sales di kedai Shopee yang baru?

Tergantung. Dari pengalaman saya, pernah mendapatkan order di hari kedua setelah upload barang. Saya menggunakan Shopee Ads untuk promosi.

Berapa banyak pendapatan dari satu kedai Shopee?

Tergantung dari usaha Anda untuk promosi. Kedai saya pernah capai RM1k dalam sebulan.

Apa jenis barang yang boleh dijual kat Shopee?

Mulai dari produk fesyen, aksesori telefon, baju baby, peralatan rumah tangga dan macam-macam lagi.

Apa modal untuk bisnes dropship Shopee?

Simcard dan modal awal untuk membeli barang dari supplier.

Berapa untung untuk 1 item?

Tergantung Anda. Biasanya saya naikkan dalam 30% pertama kedai dibuka setelah rating sudah ada baru saya naikkan keuntungan ke 50%-100% untuk 1 item.

Ada soalan? Sila komen di bawah.

Ulasan

Catat Komen